Wednesday, October 19, 2016

Kesilapan lalu

Salahkah menjadi surirumah? Belajar hingga ke puncak menara gading, akhirnya ke ceruk dapur jua.Itu kata-kata orang-orang tua dahulu kala. Ada betulnya tapi untuk menjadi seorang surirumah yang lebih dihormati adalah dengan menjadi surirumah yang berpelajaran. Tak perlu dinafikan andai kita berpelajaran orang akan pandang dengan pandangan yang berbeza, pendapat akan diguna pakai bulat-bulat, meningkatkan martabat walaupun hanya diri yang mengerti akan hakikat.

Pernahkah terfikir yang kadang-kadang kita tak ada pilihan. Mungkin itu takdir, ada hikmah yang kita tak sedar. Membenci sesuatu yang mungkin jauh lebih baik. Mempersoalkan takdir tuhan. Kita lupa itu tidak baik. Berkata-kata memang senang, menasihat orang bukan perkara susah tapi harus akur diri sendiri tidak punya kekuatan seperti yang kita ungkapkan. Tidak tahu ke mana hendak dituju. Buntu. Tidak pasti apa yang akan terjadi.Resah dengan ketentuan di depan hari.

Namun kaki masih mahu melangkah.Masih mahu berada dalam kelompok mereka-mereka.Terkadang terasa diamkan saja.Terkadang terhibur jua.Cuma tidak lama,hanya seketika.Bila kembali sedar siapa diri ini. Cuba melawan untuk tidak menjadi diri sendiri.Yang satu ketika dulu dihargai namun sekarang tidak lagi. Harus bangkit dari hidup dalam kenangan.Kenangan tidak boleh dibaiki, namun hidup perlu diteruskan lagi.Mungkin ini balasan atas kesilapan dalam kenangan.Maafkan aku Tuhan, aku takut akan balasanMu di Sana nanti.Ampunkan aku,terima taubatku.

No comments:

Post a Comment